Monday, October 24, 2005

sabar sabar sabar

astaghfirullah...aku mmg kena banyak beristighfar...kalau ikutkan perasaan marah ni taktau lah macam mana. cuma aku bkn saja marah, tapi sedih. sedih sebab kelemahan aku sendiri menyusahkan orang lain. menyebabkan aku lagi nampak kesalahan orang lain. membuatkan aku lupa yang aku lagi banyak kelemahan, keburukan yang nak kena diperbaiki. aku marah sebab aku rasa aku ada hak nak marah, seolah-olah benda ni takde kaitan langsung dgn kelemahan aku. aku sedih sebab aku tak boleh cope dengan benda ni dengan cara yang lagi berhikmah dan menjaga perhubungan. kalau ikut, kalau ikut hati, kalau ikut hati...memang rasa nak ikut hati. tapi aku nak cuba hadapi benda ni dengan tenang, dengan penuh sabar. baru ALlah bagi ujian yang kecik, ujian hati dan perasaan, ujian dengan manusia.
mungkin jugak aku yg tak menjaga hubunganNya. sebab tu lah hubungan aku dgn org lain banyak masalah. aku tak cukup perasaan rendah diri sebagai hamba kepadaNya sampai aku rasa aku layak untuk rasa lagi bagus dari orang lain. subhanALlah. ampunilah dosaku Ya ALlah. berikanlah aku petunjuk ke jalan kebenaranMu, jangan lah Kau pesongkan hatiku walaupun sekelip mata, kerana ia dah cukup melalaikan diriku. ameen.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home