Monday, October 31, 2005

Syawal menjelma

Sempena kedatangan syawal dalam dua tiga hari lagi, aku ingin ambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, terutamanya ahli keluarga dan sahabat2. Walaupun mungkin kedatangan Syawal amat ditunggu2, pemergian Ramadhan sgt menyedihkan hati. Kalau dihitung semula, apa yang dah aku buat selama Ramadhan ni? Apakah aku rasa apa2 kesan dalam hati, dalam setiap perkara yang aku buat? Macamana hubungan dengan Allah, dan juga dengan orang lain? Yang sedihnya, memang susah nak jawab.

Kalau lah aku tahu betapa besarnya rahmat Allah dalam bulan seribu bulan ni...kalaulah semua orang tahu...Allah dah bukakan pintu rahmatnya untuk semua umat Islam, bagi mendekatkan diri kepadaNya dan memohon keampunanNya, kenapa manusia tak berebut peluang tu? Tepuk dada dan tanya iman.

Macamanpun, aku hanya mampu mengharapkan dapat menikmati Ramadhan tahun2 akan datang. Nak kejar betul2, dan buat yang terbaik, insyaAllah. Semoga sentiasa dibawah lindungan rahmatNya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home