Friday, January 07, 2005

Wanita Solehah

wanita solehah.......
wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini,
keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikkan wajahnya,



kemanisan wanita solehah,
tidak terletak kepada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman
para muslimin,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain
lidah,memujuk rayu,
bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang
indah bak permata yang menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan,
kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala
aspek,
hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada
akhkaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai,
wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan
luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,


tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,
wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau
kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan
darimu,
wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan
dirimu,
kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,
wahai wanita solehah,
jangan dirisau akan jodohmu,
kerana ada muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama
salam perjuangan untuk sohabiahku..
wanita solehah,
"wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita
solehah"

Saturday, January 01, 2005

Tokyo Disneyland

semalam kul 5pg dh kena bangun. kena cepat siap nak gi Tokyo. memang adventure giler journey nak gi Tokyo. tukar train lebih 10 kali. tup tup lepas 18 jam baru sampai. on the way nak gi tu snow turun lebat giler. best dpt tgk pemandangan memutih jer. hurm memang xpernah dalam sejarah naik keretapi sampai 18 jam. lepas ni tengok train mesti bengong. xmau dah. hehe. nak wat cmner amik tiket murah. tapi memang pengalaman yang best sgt. memang xkan luper. aiseh nanti nak balik Toyama kena lagi. gambatte gambatte. hurm camne pon jauh perjalanan luas pandangan. Kiteorg bertahun baru dalam keretapi. Elok2 nak sampai jer kul 12mlm 1/1/2005. alhamdulillah we made it. no complaint. kat Tokyo kami dok umah kak Su. dia belajar kat uni sini. sian kak Su dia sorang je org Melayu kt Uni tu. rumah dier comey. umah org jepun.

harini best giler kami pegi tokyo disneyland. lebih kurang mcm universal studio. tapi lagi besar dan ader mcm2 ride. nak citer satu2 pon banyak sgt. selama ni asyik dengar jer disneyland, org kata best la. biler pegi sendiri memang rasa seronok. tapi apalah sangat. seronok2 pon ramai sangat orang naik rimas. nak main kena queue nak bergambar kena queue, sampai gi toilet pon kena queue. hurm takat skali skala pegi tu memang la best. macam biasa kejakunan kiteorg bergambar mmg terserlah. bile pk balik amik gambor bebanyak tu larat ke nak cuci. takat nak menyemak komputer boleh la. tapi mahal kan pengalaman gi disneyland. Wat kenang-kenangan.

walaupon sehari kat disneyland, tak habis pon gi semua tempat. tak sempat nak main semua game. dah ramai sgt. lama2 pening kepala jugak. opportunity cost katakan. xsemua benda kiter boleh buat at the same time.

dalam lebih kurang kul 10.30 mlm camtu kiteorg da tak tahan. kedinginan bangat donk. jaket dah la tak cukup tebal. tapi dalam sejuk2 tu pon ramai pompuan2 jepun yang pakai skirt. dalam kepala terpikir ‘nak melawa punyer pasal sanggup kebekuan’. hehe maybe dah biasa kutt. kiteorg sampai kat kawasan umah kak Su dalam kul 11 lebih. pastu pusing punya pusing tak jumpe laks umah dier. pagi td rasa mcm senang jer nak gi stesen. jalan sini pusing balik jalan sana pusing balik. tak jumper2 jugak. dengan penatnye, sejuk, sakit kaki kiteorg menyabarkan diri jugak pusing2 cari umah kak Su. Wawa terpaksa call kak Su. tak jugak jumpe. last2 kak Su terpaksa kuar umah nak cari kiteorg. Alhamdulillah jumpe. fuhh lega giler. sejam lebih jugak kiteorg sesat. masa dalam penat2 cari umah kak Su, terpikir laks. hurm dah sehari berseronok, susah sekejap pon dah merungut. ade hikmah la tu. peringatan. seronok sgt sampai lupa diri. padan muka.



Snowing on the way to Tokyo

In the train on the way to Tokyo

Sampai ke Disneyland

In front of pirates of the caribbean ride

Disney parade

Disney castle

Electrical parade snow white

Me?chipmunk???

Snowing on the way to Tokyo Posted by Hello