Monday, October 31, 2005

Syawal menjelma

Sempena kedatangan syawal dalam dua tiga hari lagi, aku ingin ambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, terutamanya ahli keluarga dan sahabat2. Walaupun mungkin kedatangan Syawal amat ditunggu2, pemergian Ramadhan sgt menyedihkan hati. Kalau dihitung semula, apa yang dah aku buat selama Ramadhan ni? Apakah aku rasa apa2 kesan dalam hati, dalam setiap perkara yang aku buat? Macamana hubungan dengan Allah, dan juga dengan orang lain? Yang sedihnya, memang susah nak jawab.

Kalau lah aku tahu betapa besarnya rahmat Allah dalam bulan seribu bulan ni...kalaulah semua orang tahu...Allah dah bukakan pintu rahmatnya untuk semua umat Islam, bagi mendekatkan diri kepadaNya dan memohon keampunanNya, kenapa manusia tak berebut peluang tu? Tepuk dada dan tanya iman.

Macamanpun, aku hanya mampu mengharapkan dapat menikmati Ramadhan tahun2 akan datang. Nak kejar betul2, dan buat yang terbaik, insyaAllah. Semoga sentiasa dibawah lindungan rahmatNya.

Monday, October 24, 2005

sabar sabar sabar

astaghfirullah...aku mmg kena banyak beristighfar...kalau ikutkan perasaan marah ni taktau lah macam mana. cuma aku bkn saja marah, tapi sedih. sedih sebab kelemahan aku sendiri menyusahkan orang lain. menyebabkan aku lagi nampak kesalahan orang lain. membuatkan aku lupa yang aku lagi banyak kelemahan, keburukan yang nak kena diperbaiki. aku marah sebab aku rasa aku ada hak nak marah, seolah-olah benda ni takde kaitan langsung dgn kelemahan aku. aku sedih sebab aku tak boleh cope dengan benda ni dengan cara yang lagi berhikmah dan menjaga perhubungan. kalau ikut, kalau ikut hati, kalau ikut hati...memang rasa nak ikut hati. tapi aku nak cuba hadapi benda ni dengan tenang, dengan penuh sabar. baru ALlah bagi ujian yang kecik, ujian hati dan perasaan, ujian dengan manusia.
mungkin jugak aku yg tak menjaga hubunganNya. sebab tu lah hubungan aku dgn org lain banyak masalah. aku tak cukup perasaan rendah diri sebagai hamba kepadaNya sampai aku rasa aku layak untuk rasa lagi bagus dari orang lain. subhanALlah. ampunilah dosaku Ya ALlah. berikanlah aku petunjuk ke jalan kebenaranMu, jangan lah Kau pesongkan hatiku walaupun sekelip mata, kerana ia dah cukup melalaikan diriku. ameen.

how to get outta this

It's quite a phenomenon this thing.
could never have imagined myself going through this kinda thing, tho of coz it's nothing impossible.
i just lost it.
couldnt help it.
hate myself for that but then it happened anyway.
it keeps coming and coming and coming.
what is it actually??
how do i cope with it?
is it good or bad??
just getta hella outta my mind!
i refuse to think anymore..

Saturday, October 08, 2005

I have a problematic heart

Aduh..time dekat2 nk exam ni lah tetibe kerajinan aku mengupdate blog menggiler....aisehh..mungkin sbb time2 cmni lah rase stress n tension semacam..kengkadang xleh nk luahkan kt org kut..
so far aku berada pada tahap yg gelabah tahap normal lg sbb tinggal sebulan 2 3 hari jer kut sblm exam date..tunggu la nnti lg dua tiga minggu gelabah aku akan menjadi tahap gaban..time tu xdpt den nak nolong lagi..tu la..bile pikir xnak rase cmtu, termotivated skett nk study n jadik lagik rajin..tp rase tinggal rase je kengkadang...xjugak gerak..dats the art of procrastination..you heart is deceiving you! don't think even for a sec no matter what the heart says about delaying this delaying that.. cmnepun aku bersyukur sbb sedikit sebanyak sem ni aku improve, w/pon tak memuaskan sgt. tp insyaAllah sikit2.. biarla merangkak2 pon, tp aku akan lg improve and manage untuk istiqamah in the future. one more thing, esemen. tak habis2 ngan esemen. mmg kaco daun, xleh nk study lgsung. sbb aku yg xreti manage mase. boleh jer kalo reti tp aku ni jenis yg easily distracted with problems.
ckp pasal problem, bkn saje problem ngan study, tp dgn hati sendiri pon byk problem. mungkin dh lama tak di 'polish'kan. hati ni macam jugak kasut, kalo tak kilatkan lama2 kotor, berhabuk, pudar. tak shining. erk kasut laks jadik perumpamaan, tp tul la jugak in some ways. bile kiter rase cm ader masalah ngan org, ade masalah hati la tu. kena check balik. xpayah check aper problem org tu ker aper, tp diri sendiri sbnrnyer. sbb kiter yg rase aper kiter rase, bkn org lain. so kenapa laks kiter nk tanya apa msalah org tu? tu la kan manusia, nampak kesalahan org lain jerk. tp xpernah ukur baju di badan sendiri. cam aku la tu. huhu. mmg dr dulu rase hati aku ni cam problematic banget. sket2 xske org tu sket2 xske org nih. aku ni cm la baik sgt..mungkin sbb hubungan ngan Allah dh xbetul, tu yg jadik cmtu. tp slalu nk pk aper masalah dak nih, xleh ker dier berperangai cmni ker cmtu ker..kalo cmtu smpai bile pon xsettle problem sbb asyik nmpak salah org lain jerk. tu la ader kata2 nih, xingat dr saper, tp aku terbace sumwhere,

"the way people treat you is a reflection of how you treat them"

tp tu la cakap mmg senang. cm aku arr. aku kengkadang nk cube buang perasaan cmni ngan org, kwn2 ker, even family sendiri pon. kiter akan sentiasa ader masalah hati cmni kalo kiter tak sentiasa sucikan hati (tazkiyatun- nafs). this is the only short cut available, not the other way round, trying to fix people (something so impossible).
tu la biler hati dh kotor, hidayah pon xnak masuk dlm hati. mungkin benda ni mcm kecik, tp mmg sbnrnyer akan affect diri kiter enormously.
untuk kengkawan, again sorry bebanyak kalo ader tersalah silap, ade dengki ker, benci ker tanpa korang sedar. mmg dgn kawan sendiri pon ader perasaan ni kengkadang. astaghfirullah. harap dieorg dpt maafkan. kalo wat salah ngan ALlah leh mintak ampun, tp dgn manusia taktau la. semoga Allah memberi hidayah pada sahabat2, keluarga even diri aku sendiri. INsyaAllah. aku sayang korang semua.

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a, Rasulallah bersabda:

"Tidak beriman seorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya". Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Maafkan teman

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Tuesday, October 04, 2005

Ramadhan Menjelma lagi

Assalamualaikum w.r.b,

setelah sekian lama aku meninggalkan blog ni..kesian pulak..biasalah waktu2 cmni exam dh dekat..study entah kemana, assignment entah kemana, apatah lagi nak update blog. kena gak setkn priority. aku tak boleh lagi memain mcm dulu. aku kena belajar dari kesilapan. xder tangguh-tangguh lagi. takde alasan lagi. alasan tinggal alasan jer. aku kena bangun. aku kena berubah. sekarang! bukan esok, lusa, tulat, hurm, monolog sendiri la pulak.
Alhamdulillah esok kedatangan Ramadhan yg ditunggu-tunggu. aku mengharapkan ramadhan kali ni penuh makna, penuh barakah, penuh keinsafan. aku tak mau lagi jadi diri aku yg tak ade arah tujuan. tak de matlamat yg jelas. aku berharap kali ni aku akan memanfaatkan dengan betul2. bila fikir balik entah pape ntah mase dulu2. main2 jer. time ramadhan jer nak jadi baik.tu pon x jugak kadang2.
untuk kengkawan, mintak maaf banyak2 kalo ader tersalah silap, sakitkan hati korang, termakan hak korang, halalkanlah. aku hanya la insan lemah yg masih byk perlu diperbaiki...till then..