kenapa
kenapa bangga
keburukan sendiri tak pernah sedar
keburukan orang lain nampak besar
betapa diri tersasar
kenapa ego
bagus sangat kah kita
pandai sangat kah kita
sifat tu hanya layak untuk pencipta
kenapa marah
teruk sangat ke orang buat salah
hal kecil-kecil pun nak berbalah
saling salah-menyalah takmau kalah
kenapa dengki
Allah dah bagi rahmat dan rezeki
agar manusia dapat berkongsi menikmati
selama ni pernahkah disyukuri
kenapa malas
sedangkan banyak kewajipan terpaksa digalas
berbanding masa yang hanya sekilas
takkan menunggu dan berlalu dengan pantas
kenapa masih bertanya kenapa
kenapa masih alpa
kenapa masih leka
kenapa kenapa kenapa.....????
soalan yang tak terjawab!