Tuesday, December 28, 2004

12 restless hours

Aiseh. Bas kul 10 malam kiteorg kena check out kul 10 pagi. Nanya tak? Wat cmner terpaksa ler melilau dalam 12 jam. Hehe Huda pernah cakap hurm “Masa banyak2 ni kiter leh spend dengan...” aku laks sambung “Berzikir kan?” huhu..Huda baru nak cakap tengok cd..hukhuk3. Tergelak giler. Tapi memang betul. Ader ker kite slalu zikir time free? Aku malu seh. Sendiri tak buat lol.

Hurm kiteorg merayau ntah ke mana ntah. Ajaib kiteorg leh tahan tunggu 12 jam. Kiteorg jumpe laks satu spot ni aper lg rumah tu kami yang punya! Hehe. Org pelik jer apesal ler dak2 4ekor tu dok melepak kt situ. No wonder kat Jepun tak banyak tempat duduk. Hehe. Sebab takut ader org mcm kiteorg dok menyangak kat tepi2 jalan. Lilau sana lilau sini bile dah sampai masa lega gile. Naik bas jer meleleh2 air liur basi tidooo dgn bestnyer.


Melilau-lilau di Osaka eki tunggu bas

'Rumah' menunggu

Monday, December 27, 2004

Dok saja

Err, harini tak pegi mane pon. Dok hotel jer. Uya ngan Wawa ajak gi makan sushi. Hehe. Kiteorg kurang pitis. So dok melangut kat hotel tengok citer korea. Dieorg gi makan sushi ngan Mas. Hurm xkisah pon sbb dari memula sampai asyik jalan jer. Harini leh ler rehat. Sok dah nak balik tempat Wawa kat toyama. Ok setakat ni aper observation aku? Hurm. I simply enjoy every single day in Japan. I had a great time. Bukan selalu dapat melencong jauh2. Oversea laks. Tak pernah mimpi pun. Tapi alhamdulillah rezeki aku. Maybe ler sebelum dtg sini macam2 akak aku tanya. mcmana belanja la ader duit ker nak pegi. Mcm2 ler. Tp alhamdulillah takat ni walaupun semua org ckp kt Jepun ni barang mahal takat ni boleh jer survive. Sok lusa taktau arr. inshaAllah. Banyak hikmah dpt tgk tempat org. Belajar banyak benda. Walaupun xbelajar kt sini pon. Hehe. Xnak arr. Kat aussie pon dah xlarat. Aper lg kat sini kena belajar dalam Jepun. English aku pon terkontang kanting lg. Hurm. Biler dtg sini best mmg best. Especially biler pegi jalan. Tp kalau masa biasa aku rindu gak kat mak. Anak mak ler. Dulu gi aussie pon amik masa jugak nk adapt nak hilang homesick. Hehe. Camner pon i’m so glad i came. Anyone would have fought to come here. Aku dapat peluang leh rasa cmtu lak. Satu lg aku dpt kenal dak2 kat sini. Wawa, Uya, Mas dan kwn Jepun dier. (x ingat nama hehe). Seronok tgk dieorg well off kat sini. Hurm lagi, slalu dengar jer org Jepun mcm ni org Jepun mcm tu. Skrg aku leh judge sendiri. Nak buat generalization mmg xleh. Tp dari kebanyakan org yg aku perhati, mmg betul jugak mcm org kata. Banyak yang kiter kena amik contoh dari org sini. Banyak yang kiter kureng. Malu siot. Baru sedar betapa org Malaysia syok sendiri. Dok heboh2 malaysia maju la malaysia boleh la. Boleh belah. Hukhuk. Ngata negara sendiri. Tp mmg betul aper. Dari segi rumah bangunan memang la kiter maju. Tapi org dier tak maju2 jugak. Yang kecik2 pon xleh buat. Aku pon sama daa. Hehe jangan terasa laks saper yg baca. Maner lg teruk ngaku keburukan sendiri ker atau dok syok sendiri? Sendiri mau jawab ler. Ok dah abis ngata dah. Till next time.

Sunday, December 26, 2004

Kyoto bandar lama

Harini baru 5th day kat Jepun. Tapi dah pegi banyak tempat kat Jepun ni. Harini laks dapat gi Kyoto. As usual naik train dari Osaka, dalam half an hour dah sampai. Dok melangut-langut kat situ pikir camne nak gi tempat best, ader la sorang pakcik teksi ni dtg kt kiteorg. Uya ngan Wawa soksek2 dalam Jepun ngan pakcik ni, pastu ckp kite naik teksi pakcik tu jer. Murah skett. Leh bawak gi tempat yg best yg xkena duit sgt. Kami aper pon boleh jalan jer. Hurm tempat first kiteorg gi aper ntah. Tapi memang cantik giler. Ader golden temple kat situ! Memang emas betul dibuat dari emas. Warghhh. Jakun. Amik gambar amik gambar. Ha ambik. Sbnrnye kat situ temple tu jer ader. Tu pon kena bayar. Mahal tu pengalaman nak tgk temple emas tu. Hurm. Dah?

Second tempat kami pegi temple jugak. Errr taktau aper nama dier. Panggil temple oren jer semua kaler oren. Sakit mata tengok. Tapi mcm biasa, pusing sana pusing sini amik gambar. The last place kami pegi errr taktau jugak nama dier. Tapi atas bukit. Driver tu kata tempat tu tiap2 hari memang orang ramai mcm tu. Taktau aper yang menarik sgt. Biler kami pegi ader temple jer. Tapi pemandangan dier. SubhanAllah. Cantik giler. Boleh nampak bandar Kyoto dari situ. Aper lagi. Macam biasa sengih2 posing lerr. Hurm driver tu ader cerite dekat Kyoto ader beribu2 temple. Fuyyo. Kiteorg baru jer pegi 3 temple. Dasyat tu. Wawa ngan Uya banyak sembang ngan pakcik tu. Almaklum la terror cakap Jepun. Kami tiga nganga je. Pakcik tu kata ni first time dier bawak muslim gi tempat2 kat situ. Wah. Yer ker pakcik. Kirenyer kiteorg ni maybe first few muslims yang pegi tempat2 kat situ. Hehe. Hurm sepanjang nk naik bukit tu ader banyak sgt kedai souvenir kiri kanan jalan. Nak naik temple jalan kaki so biler turun kami sempat arr nengok2 mende kat dalam kedai. Aku ader beli souvenir gambar temple emas utk mak. Hehe mesti mak suka. Erm pastu aku beli kueh Jepun. Err aper ekk nama dier. Taktau arr. Kuih kacang merah kut. Hurm. Harini awl jer, sampai kul 4 jer di Kyoto. Pastu kiteorg balik arr dah xder tempat nak gi. Nak save duit utk Tokyo laks nanti.

Hurm dats about it for the day. Till the next adventure. As if it is.


The golden pavilion-Rokuon-Ji temple

In front of Rokuon Ji temple

Temple Oren

On the way to Kiyamizu Temple

Up hill in Kiyamizu Temple

Still in Kiyamizu Temple

Saturday, December 25, 2004

Universal Studio

Christmas day. Hari ni special sket. Plan harini gi Universal Studio. Yeayea. Best giler. Macam biasa aku memang jakun. Kami plan gi 7 org. Kami berlima, Mas(adik Uya), ngan kawan Jepun Mas. Comeyy. Walaupon dier tak pandai speaking english sgt, tapi die sgt frenly. Hehe kami cakap macam ayam ngan itik jer. Hehe. Erm kiteorg bertujuh naik train tak sampai 15 minute dah sampai. Trus samapi USJ laks tu. Kat luar pon dah nampak best. Giler bergambar jer. Memang keturunan jakun. Wat camner tak pernah pegi. Tak dapat rasa US punyer, yg Jepun pon aper kurang. Tiket masuk mahal giler. Tapi biler dah masuk rasa worth it jer.

Wah. Cantikknyer. Tungging sana sini berposing. Tak peduli dah org lain, dah semua mcm gitu Hurm pastu decide nak naik spiderman ride dulu. Aku tak pernah terbayang ride dier mcmana. Best sgt ker smpai kena beratur 2 jam. Fuh. Giler seh. Depa kata worth it ok jer ler. Sambil tunggu main game Jepun. Mcm bebudak jer. Hehe. Dah dapat masuk spiderman ride, bestt giler2 banos. Tapi aku takut jugak mcm real jerr. Rasa leh experience sendiri spiderman world. Biler org jahat nak wat kiteorg rasa mcm tul2. dah ler aku dok depan skali. Hampeh. Terkena tul. Terkejut beruk aku. Memang ler benda tu 4D jer. Tipu. Aku punyer suspen sampai tepis2 lg time org jahat nak buat kiteorg. Hehe aku siap ckp spiderman save us. Daaaa. So stupid. Mmg ler xder paper. Pastu spiderman amik gambar kiteorg. Hehe. Glamor siut. Simply splendid.

Pastu tgk waterworld show, naik dinasour ride, bergambar2, tgk shrek 4D, tgk animal actors, tgk show wild2 west and so on. Sambil berjalan2, sempat sembang2 dgn Mas ngan kwn Jepun dier. Baru tau Mas baru je dtg sini bulan April skrg dah fasih giler Jepun. Kagum giler. Exchange student for one year jer leh terror mcm gitu. Yatie’s believe it or not. Believe it!

USJ mmg cantik giler. Cam kat hollywood. Hurm sampai malam kiteorg kat situ. Malam kat situ pon cantik. Cuma rimas sbb org ramai lg. Christmas ler. Hurm org jepun ni bkn semua christian pon. Ramai yg xder agama pon. Tumpang perayaan org je. Sian2.

Erm dah puas sehari balik Osaka. . It was so much fun. Tak sedar dah braper lama kat situ. Hurm. Bile dah puas, terpikir, seronok2 dah abis. Seronok mcmana pon akan habis jugak. Hehe. Muhasabah diri jap dok berseronok jer sehari tak ingat aper.

Kiteorg decide makan kat luar. Makan “tempura”. Nasi dgn benda goreng tu depa panggil tempura. Xpernah makan pon. Tapi sedap jugak. Leh jugak rasa makanan Jepun. Besh2.


Depan pintu USJ

Clown

Christmas tree

Spiderman ride

At nite

Universal

Friday, December 24, 2004

Jalan2 di Kobe

Semalam Wawa ngan Uya dah plan siap mane kiteorg pegi harini. Bagus tul dieorg ni. Efficient. Erm harini kami gi Kobe. Pegi Kobe Oji Zoo. Hehe mcm tak pernah gi zoo jer. Tp nak rasa jugak zoo kat sini. Mesti binatang dier lain. Most of the animals i’ve seen before. Tapi kerenah dier lawak jugak. Masa kiteorg tgk org utan, lawak giler. Macam tau2 jer dari satu negara, orang utan yang tgh gayut tu bile nampak jer kiteorg truss datang dekat. Gayut2 dekat kiteorg. Pastu wat posing yang best giler. Perut die dah la buncit pastu dier gayut tungging badan dier kat atas tu nampak perut yang boroi. Muka dier seposen jer posing kat kiteorg. Sporting giler. Bg chance amik gambar die. Wahh mahal tu. Arigato2 org utan. Pastu kiteorg dapat tgk panda yang comey. Cume tak sporting arr. Tau kiteorg ni foreigner xnak bg muka. Tunjuk bontot jer. Dpt amik gambar bontot jer la. Biler aku panggil dier wat taktau jer. Pergh, tau arr ko spesis special. Hehe yang lain2 tu besa jer. Semua dah pernah tgk. Kanggaroo ngan koala pon ader kt zoo tu. Tak aci. Ingat kat aussie jer. Yang bestnyer time pegi zoo, xder org sangat. So xder arr rimas giler mcm kt city. Leh relax2 jer. Take time. It was so much fun. I love the places, the company and everything.

Hurm sepetang gak kami berlima kat situ. Pastu pegi Kobe city tgk lampu pintu gerbang Kobe yang famous tu. Memula cam blurr2 gak apesal ramai giler manusia tunggu kat situ. Nak tgk lampu tu jer ker. Mcm jakun jer org Jepun ni. Hehe. Kami pon aper kurangnyer. Hurm kul 6 lampu tu pon nyala. Wahhhh!!!!!! Cantik giler. Panjang giler jalan tu. Sepanjang jalan tu ader pintu gerbang yang berlampu. So colourful. It was spectacular. Couldnt exactly describe it. But the pic is here for u to see of coz. Hurm dah puas amik shot yg paling best kami belah arr. Manusia time tu mcm semut. Siap ader human traffic. Ingat keta jer ader. Polis kena jaga laks. Kena tunggu lampu hijau baru leh jalan. Pening2. ramai sgt. Nak nampak sorang foreigner pon susah. Mmg semua muka Jepun. Kami spesis alien yang jarang ditemui kat situ. So org tengok kami semacam jer. As usual. Dah penat kami balik arr. Malam kul brape ntah sampai td. Hurm. Till the next day of adventure. Daaaa.


Tepi jalan dkt Kobe Zoo

Petting hamster n arnab

Petting kambing

'Kawaii' (cute) japanese gurls petting hamster n arnab

The famous pintu gerbang lampu in Kobe

Thursday, December 23, 2004

Osaka

Arghh bangun lambat. Bas kul 10.15 pg kami kul 9.30pg baru bangun. Kalut2. Ngan tak mandinye aku ngan Wanie siap2. pegi bilik Huda ngan Wawa, siap dah mandi. Aiseh tak aci depa leh mandi. Ok dah siap semua kami jalan gi bus station. Naik bas ke Osaka dalam 4-5 hours. Dalam tghari camtu sampai daa. Waa taktau lak nak gi hotel camner. Wawa dgn bestnyer speaking Jepun ngan pakcik tu. pakcik yang baik hati tu pon bawak kami jalan dalam 30 minutes sampai depan hotel. Kagum siot. Baik giler pakcik tu. Hish. Kalau org malaysia la, jangan kata nak bawak tunjuk jalan, ntah2 gi tipu kite lagi. Hehe tak semestinyer la. Tp ader macam gitu.

Hotel kiteorg duduk ni ok la jugak. Memula taktau lak kena dok hotel ingat tumpang umah orang. Tapi surprisingly agak murah arrr. Leh afford la. Klau tak tido kat tepi2 jalan ler. Homeless. Dah settle semua kt hotel, Wawa cakap Uya, kawan die ajak gi karaoke. Dieorg belanja. Beshnyerr. Lum pernah aku karaoke kt Malaysia, tetiba buang tebiat gi karaoke kt sini. Wat camne. Orang nak belanja. Ikut jerla. Ptg tu kiteorg jumpe Uya ngan adik die, Mas. Comeynyerr dak dua tu. Mmg macam org Jepun betul. Friendly laks tu.

Aku mmg tak pernah gi tempat karaoke nih. Hehe. Takder keje nyer aku nak pegi. Tau2 sendiri arr sore macam katak tercekik jer. Memula tengok jer dieorg nyanyi dgn jakunnyer. Leh nyanyi lagu Jepun laks tu. Terror arr. Jeles giler. Nak jugak belajar Jepun. Sore dieorg tu takyah cakap. Macam cewek Jepun arr. Sedap. Pastu dieorg suh gak aku nyanyi. Sore ntah pape aku hantam je. Hehe. Dekat tiga jam lam karaoke rasa pekak jap.

Pastu kami rayau2 kat bandar Osaka jap. Fuh letih kaki jalan. Tapi tengok orang2 Jepun jalan mmg xleh lawan. Yang pompuan tu dah la pakai kasut tinggi2, jalan laks laju. Xheran la depa ni kurus keding semacam jer. Makan pon seafood, yg tak lemak2 sgt.

Hurm. Aper aku perasan masa aku kat sini? Well, yang baik ader. Yang buruk pon mesti la. Ok yang baik dulu la. Org jepun ni mmg nampak sgt rajin. Kalau gi kedai dier ker, nampak arr tak lole2 mcm org Melayu. Nampak customer jer, “ohio gozaimas” ker, “arigato gozaimas” ker. Asyik tunduk dan senyum. Masuk kedai dier jer, die layan semua org sama jer. Tak macam org Melayu. Nak wat baik kat customer pilih orang. Selalu biler masuk kedai kt Malaysia, bile nampak muka salesgirl yang masam, tak hingin rasa nak beli kat kedai tu. Pergh. Boleh belah la org mcm tu. Lagi, dieorg punyer cleanliness kat sini #1. Nak masuk toilet die tak risau macam nak masuk toilet kat Malaysia. Paham2 jer la. Hukhuk. Pastu walaupon takde banyak tong sampah takder sampah pon. Penin2. Erm kesimpulannye kesedaran siviks dieorg mcm bagus arr. Tak macam kite. That’s the very truth. Right??!

Ok yang buruk nyer laks. Org Jepun ni ramai xder agama. So even yang ader agama pon ramai yang xder moral, aper lg dieorg ni kan. Kat kawasan hotel kiteorg banyak giler errr shop2 yang errr korang paham2 ler. Yg gitu2. erkk. Nampak le generally moral org jepun ni almost zero. Oops. My opinion. Xsemua betul. Bersyukur ler kiter dilahirkan Islam.




Osaka eki

Pakcik jual takuyaki

Dalam train

Wednesday, December 22, 2004

Arrival In Japan

Hehe. Nasib baik aku tak nyanyuk. Last2 mintute ni nyaris2 lupa flight malam tadi. Kang aku pegi malam esok berguling ler kat KLIA kena tinggal. Dah kat tiket kata 22/12 kul 1pg. Alhamdulillah lancar jer. Erm tak sangka sungguh angan2 mat jenin aku menjadik jugak. Dapat jugak aku sampai negara matahari terbit ni. 3 sekawan kami jer. Aku, Huda ngan Wanie. Bestnyer leh jalan ngan kengkawan instead ngan family. Lain ooo. Leh wat jahat. Hukhuk.

Ok tak mau panjang ceghita. Malam tadi kul 1 pagi camtu depart ke Nagoya. Sampai dalam kul 8 pagi. Aiseh. Dok risau kami silap haribulan, Wawa laks yang tersilap. Nasib baik dia dah on the way dalam bas. Lama tunggu kat airport aku pon wat port aku kat kusi. Sempat dengkur dua tiga jam. Tiap kali aku terbangun aku nampak dak2 tu dok melilau2 jap sana jap sini. Bosan aku sambung mimpi balik. Hehe. Sian depa. Dalam kul 1 ptg Wawa sampai dah. Baru kenal2 ngan dia. Tengok gaya comey dan baik. Huhu bodek. Pastu kami naik dari airport gi hotel. Kagum giler tengok Wawa cakap Jepun ngan orang kat hotel tu. Jakun. Kiteorg duk hotel nagoya malam ni jer. Sok nak gi Osaka laks. Tadi jalan2 jap kt Nagoya tgk2 org, tgk2 lampu. Macam takder jer kat malaysia. Grrrr. Sejuk giler tadi. Angin kuat lak tu. Kalau kat malaysia hujan pon still macam dalam oven. Camne pon negara aku gak best. Takde arr macam rasa macam dok dalam sarang anai2 mcm kat Jepun ni hehe. Sian lak org2 Jepun. Dah tak cukup atas darat wat lagi tempat2 bawah tanah. Tu pon manusia berduyun2. Ada rasa pelik gak. Depa ni jalan laju2 kalut2 reramai lak tu nak pi mana. Wallahua’lam. Memula jalan2 kat sini, depa pandang je. Rasa cam alien kat sini. Tak pernah tgk org pakai tudung kut. Kami wat tak tau jer. Wat mcm umah sendiri. Jeling kt kiteorg jeling balik. Huhu. Nak salah depa pon xleh. Negara dia. Tempat dia. Mata dia. Suka hati hang la. Dah penat jengjalan tak tentu hala balik lerr ke hotel rehat2, makan2, sembang2. Mak! Ooh tidak! Rindu kat mak dah ker. Belum satu malam. Malu arr nak cakap kt depa. Hehe. Hurm mak pesan suh tepon bile sampai. Tp susah lak nak call. Kena ade kad la. Mahal lak tu. Takper2. wuarghh ngantuk.


Nagoya Airport

Nagoya At Nite